Followers

Saturday, October 30, 2010

Semaian Dahan Cinta



"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku dan sahabatku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku dan sahabatku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku dan sahabatku bagai bercahayanya bulan purnama
di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Salam rindu pada sahabat-sahabat,doa ini sbg hadiah kerana lama tidak bertinta..Keinginan itu ada tetapi hati masih enggan berkata-kata ..Alhamdullilah,tautan jiwa pada follower blog ni masih kuat.. Rasa ingin berpesan-pesan antara satu sama lain itu masih berkobar-kobar jauh disudut hati ini.

Hikayat cinta tidak akan mengenal dunia tanpa peradaban sejarah cinta,begitu juga sifat Romantik..ia tidak akan mengenal dunia tanpa ada sang pemiliknya.

Siapa agaknya pemilik sifat Romantik sejati ini??
Adakah ANDA??
atau..diri ANDA??
atau anda masih merasakan diri ANDA lagi???

Pada yang terdetik itu..atau sambil tersenyum..Alhamdullilah..anda masih memiliki..Tapi Rasullulah nak tunjukkan jalan yang lebih Romantik lagi..

1)Saat Rasullulah sbg seorang SUAMI membiarkan rambutnya disikat oleh Saiditina Aishah r.a.

2)Saat Rasullulah bermain lumba lari dengan Saiditina Aishah

Antara lain saya bawakan satu kisah..

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi"?


Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Herm Bagaimana Sahabat??
Rasa Takut pada dunia,melihat keruntuhan demi keruntuhan rumahtangga yang dibina menggerak hati ini kembali mengingatkan pada Nabi kita..Muhammad s.a.w. Walaupun umur saya masih tidak layak untuk berkata tentang ini,tetapi perihal mengingati antara satu sama lain..Barangkali Allah memeliharaku kelak..
ini boleh dipraktikkan bila sahabat suda mendirikan Baitul Muslim nanti..Amin..Wallahualam~~






3 comments:

  1. tidak salah rasanya..
    Terpulang kepada individu untuk ambil yang jernih..wallahualm..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...Sesungguhnya Rasulullah lah sebaik2 ikutan...

    ReplyDelete