Followers

Saturday, April 30, 2011

Berangan atau angan-angan?


"Masa peperiksaan bagi SHES 1201 tamat,sila letak kan peralatan anda diatas meja"laung Pembantu Peperiksaan,di satu sudut. Pantas!!membelek-belek kertas.Sehela nafasku menhela panjang..terpaksa "baling dadu" untuk 3 soalan ni.Saat ni Tawakal memujuk hati.Ya Allah "Bukan ku pinta A'..lulus pun jadi la.Ringkas tapi padat penuh tersirat hanya tuan badan saja tahu.


Hambar melihat 'tile' tempatku,menunduk.

'Bilakah angan2 ku menjadi impian?' Ku biarkan ia menjadi persoalan.



Hiruk pikuk Dewan peperiksaan,,student2 berpusu2 menuju pintu Utama.Terasa jauh laluan perjalanan ku pulang ke kolej..Bahang..terasa seperti liku jalan menuju masa depan.


~~imbas lalu~~


"Ibu2..InsYAllah gaji pertama akak,akak akan buka akaun untuk tabung haji dan kita pergi bersama2 nanti"Kata ku bersungguh-sungguh. Ibu tersenyum.."Akak belajar sungguh2,x perlu fikir untuk ibu dan ayah".ujarnya bersahaja. Tetapi jauh disudut mata nya ku tahu dia teringin kesana.


Mengenang..tinggal ia luruh dipipi.itu janji pertama dari taburan angan2 yang ku suara pada ibu.Ingin sekali menjadi kenyataan walau terasa liku hidup ku perit sangat.Tentu Dia Menduga kerana kenal Hambanya.Kekuatan kembali diraih dgn kata keramat ibuku..



"Mudah-mudahan dgn berkat doa ibu.Allah murahkan rezeki akak..permudahkan urusan hal dunia akhirat akak.dengan izin Allah,,akak jadi anak yang baik..bahagia hidup akak."


Ujian dunia apalah la deritanya.Hatta cemerlang gemilangnya result kita..tetapi "Kun faya kun"hanya DIA penentu segalanya..

Thursday, April 28, 2011

MY Ever Favourite snek(1)

jagung..snek wajib kalau pergi pasar malam..memang x sah kalau x beli..dan Ayah tidak lupa kegemaran kami sekeluarga.
Ini sememang snek yang selalu dibeli bila nak balik ke asrama..yang jenis putih kurang manis dan sedikit masam jauh lebih sedap dari kismis bewarna hitam,,itu la pilihan saya..kalau dulu waktu zaman persekolahan..ibu akan bagi sebelum nak pergi ke sekolah dan sebelum tido..kadang2 ibu malas nak beli sebab dalam 1 botol boleh habis dalam seminggu ja..hehe..sabar ye ibu..
Tomato..is Fresh..herm yang saiznya lebih kecil lebih manis dan manis dari saiz yang besar..herm saya start jatuh hati pada snek tomato kerana warna oren kemerahan,,warna sangat menpengaruhi..dan not bad bila rasa.Banyak khasiat..ibu saya kata dia untuk awet muda..herm patut la dia jauh lebih muda dari dia..bak kata kebanyakkan orang..sabar je la..
Snek ni akan dibeli setiap kali saya balik asrama,,ibu rajin mengupdate peti ais tgk2 kalau lobak merah ni habis atau tidak dimakan..Ibu kata..kalau makan bole menghaluskan kulit dan baik untuk mata..herm..tambahan rasanya yang manis..dan pemilihan lobak merah yang manis mestilah lobak merah tu dalam keadaan runcing dan kurus..ayat selalu digomel ibu saya waktu pergi pasar.Alhamdlah sampai sekarang ia jadi snek pilihan..herm nyam2!
Epal,,satu sebab menjadi kegemaran dari saya kecil sampai sekarang..kerana manis dan warna nya..menarik perhatian..ha,,Hanya epal merah..epal hijau ibu x menggalakkan makan..sebab beliau katany x baik untuk kesihatan.dan,,epal jenis royal gala menjadi pilihan..sebab sangat ranggup..try la!





Sunday, March 6, 2011

kata TAK NAK pada kosmetik!!


Salam Kerinduan buat sahabat2..saya bawakan khas tajuk ini..pertama kali peringatan untuk diri saya dan juga wanita2 sedunia yang indah ciptaannya..herm.. Mengapa dan kenapa..? kalau lelaki pada pandangan universalnya sinonim dgn rokok.. kini..saya bawakan produk kosmetik sebagai produk wajib yang perlu ada pada tas tangan.. betul tak??
paling kurang pun 'compact powder'
secara ringkasnya..disebalik fungsi nya yang menaik 'seri wajah' seseorang..tahu kah ia mendatang kerosakan dalaman tanpa disangka..

MARI KITA DALAMI FAKTA INI..


Dari sudut perubatan, tubuh manusia boleh menyerap apa sahaja yang disapu pada kulit dalam jumlah kandungan tertentu. Kandungan toksin juga mudah diserap dan ini meninggalkan kesan buruk seperti:
–gangguan sistem imunisasi

–gangguan neurologi

–Penghadaman

–hormon yang tidak seimbang
–obesiti serta pelbagai masalah kesihatan lain.



Apabila bahan kimia digunakan dalam kosmetik, risikonya tetap ada walaupun unsur pencemaran itu sangat sukar dikesan melalui ujian biasa. Kebanyakan bahan kimia dalam produk penjagaan tubuh
mudah diserap melalui kulit. Malah ada di antaranya menunjukkan kesan serapan yang pantas sejurus disapu seperti yang berlaku pada bibir mahupun tangan. Terdapat banyak syarikat pengeluar produk menggunakan teknologi nanopartikel untuk membantu mempercepat kesan serapan. Maka tidak hairanlah mengapa ada kajian yang menunjukkan penemuan kandungan seperti:


kosmetik dalam tisu manusia
–unsur plastik industri (phtalate) dalam air kencing
–komponen minyak wangi seperti xylena dalam lemak badan
.

Dewasa kini, pelanggan kosmetik bukan sahaja ditipu dengan produk-produk palsu tetapi juga antara lain mengandungi bahan memproses filem, hidrokuinon yang boleh mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas, malah lebih teruk lagi kanser kulit. •Antara produk mereka ialah krim malam, krim pencerah, krim rawatan kulit serta lulur herba. Baik di negara ini, mahupun negara Taiwan, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Jepun, produk-produk pemutih kulit merupakan sebahagian daripada kosmetik yang menyumbangkan keuntungan berjuta-juta dolar. Di Hong Kong, dua tahun lalu, seorang wanita telah dimasukkan ke hospital dan 13 yang lain dirujuk kepada pakar selepas menggunakan sejenis krim pemutih. Krim tersebut dipercayai, mengandungi merkuri atau raksa antara 9,000 hingga 65,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan. Kajian yang dilakukan oleh seorang profesor patalogi Universiti China di Hong Kong, Dr. Christoper Lam pada tahun 2000 amat mengejutkan. Menurut beliau, lapan produk pengeluar kosmetik global mengandungi merkuri melebihi tahap yang dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA). Hal ini kerana merkuri yang berlebihan boleh meninggalkan kesan pada sistem saraf, buah pinggang, masalah hilang penglihatan, pendengaran, tangan menggeletar, perubahan personaliti, rasa gelisah, sukar tidur serta hilang ingatan. Sering diingatkan bahawa Merkuri dalam apa juga keadaan, seharusnya tidak digunakan lebih-lebih lagi dalam kosmetik kerana ia merupakan sejenis bahan kimia beracun dan amat berbahaya pada kesihatan. Disini turut disenaraikan beberapa jenis asid didalam kosmetik yang tidak boleh melebihi dos: •Sebatian bukan organik: –Ia boleh dihidu dan diserap melalui paru-paru dan kulit. Sebatian jenis ini boleh diserap melalui perut jika tertelan. Kebanyakan sebatian jenis ini agak memedihkan jika terkena pada kulit, mata dan mukus membran.

•Sebatian organik:
–Ia boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga laluan utama iaitu paru-paru, kulit dan perut. –Individu yang berisiko tinggi: - Wanita hamil - Janin -Kanak-kanak •Merkuri unsur asli: –Cecair merkuri akan mengeluarkan wap pada suhu bilik. Wap ini boleh dihidu, masuk ke paru-paru dan terus ke aliran darah. Ia juga boleh masuk melalui kulit.


Ftalat –Ftalat ialah sejenis ester asid yang terkandung di dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.


Hidrokuinon –Hidrokuinon juga adalah antara bahan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik untuk pemutihan. Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menggelupas serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam. Kandungan hidrokuinon yang melebihi 2% akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan rasa terbakar. Hidrokuinon juga boleh menyebabkan kelainan pada ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.

Plumbum –Plumbum biasanya didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan penurunan dalam tumpuan.

Formaldehid –Formaldehid adalah bahan kimia yang digunakan di dalam produk mandian bayi. Ia menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa. Contohnya, formaldehid digunakan di dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Malangnya, formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif. Selain bahan kimia yang disenaraikan di atas, sebahagian produk kosmetik juga didapati mengandungi bahan logam seperti arsenik, kadmium, aluminium dan lain-lain. Kesemua bahan ini boleh membahayakan pengguna, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit yang boleh diwarisi secara genetik, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Kesan kepada individu: •PENGUSAHA -disabit kesalahan di bawah Akta Racun 1952 yang mengenakan penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGGUNA -Alergi, kecacatan kelahiran, dan kanser. -penyakit buah pinggang dan otak -ketidakseimbangan atau vertigo -sakit kepala -mood tidak stabil -hilang tumpuan -gangguan ingatan

Matahari~~


Ku datang mencariMU..
Yang berselindung dalam Bayangan..
Ternyata lah kealpaan menjadi duri dalam jiwaku..

Semakin jauh menyusur matahari..
semakin aku hilang arah tujuku..
tidak ku sangka yang terang akan suram..
meskipun intan bayangnya jua x berwajah

Biarpun gelap malam..mata terpejam..hati ku tenang..
kekusutan ansur pulang bersama malam siap semalam..
baruku tahu ertinya..
sakit yang mencengkam dada..
malam yang sesepi itu..
membuka jalan..selebar dunia..


Thursday, March 3, 2011

Mencari pelengkap sekeping hati~~

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

Bait cinta ilahi - khitbah~~


“Khitbah” (Bahasa Arab) / “bertunang” (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
“Khitbah” di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna ‘melamar’ wanita untuk dijadikan bakal isteri. “Melamar” ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan ‘masa’ berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
“Khitbah” juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).
“Khitbah” juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada “hak” bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.

Wednesday, March 2, 2011

Hamba hina selayaknya daku~~

Salam ukhwah fillah,terjenguk namun tidak juga bertinta.Allahuakbar!!pada maha pemberi masa.. hanya dia yang layak mengaturkan yang terbaik.Selawat salam buat junjungan nabi ku,Muhammad kekasih Allah. Sesungguhnya hanya beliau sebaiknya teladan.
masih hambar...Redup wajah ibu ku tatap kedalam segenap hati.Rindu..itu kata hati ku,
mengharap satu pengharapan agar ada waktu bisa pulang ke kampung halaman,walaupun hampir setiap hari bertanya khabar,masih ada yang tidak terisi dalam hati ini.
Kenapa dengan perasaan ku ini? buntu setiap kali memikirkan..adakah ini satu syarat untuk aku mempunyai teman hidup?mampukah jika apa yang daku usahakan menjadi kenyataan selaras dengan takdirNYA yang telah menetapkan ku?takut2 hati2 ni kalau tersasar,DIA tidak memandangku sabagai hamba kesayangan NYA.Mungkin itu permasalahan ku..tertarik kah sudah nikmat mendamba kasihNYA kerana terlalu leka kerja dunia..
Benar lah..memang manusia memang selalu lupa,apa yang dikerjakan segala nya dianggap betul,malah memaksa orang lain untuk menerimanya,Adakah daku termasuk dalam golongan itu?
Hiba rasanya andai tahu diri yang hina ini tidak layak bertahta di penglihatanNYA..Bagaimana mahu meraih andai seringkali daku melalui jalan yang penuh kelalaian,kenikmatan hatta kesibukan dunia..pandangan manusia nampak sempurna tetapi hanya Allah yang tahu segalanya..Perjuangan apa yang hendak dibawa..andai diri ini masih x dapat mengawal nafsu serakah yang mengawal dunia.Bila kah pengahkiranya??sampai bila??
Allah..tuhan semesta Alam mmg sentiasa menunggu hamba mendambakan..layakkah kita membiarkanNYA menunggu?siapa diriku dan siapa DIA??

Walau malam masih muda,tetapi usia ku menjangkau tua..setiap hari malikul maut menatap ku.menziarahi ku.kerna itu tugas nya untuk mencabut nyawa ku kelak.PAntaskah dia ingin mempamerkan wajah indah nan rembulan andai tiada amalan menghiasi diri ku?.simpati apa yang ingin diraih andai nyawa dihujung halkum.
Daku jelas dengan pujangga kata..terangan dunia tidak akan membawa sampai ke alam kedua.daku kena sedar situasi itu.sungguh daku memang takut dalam kegelapan,apatah lagi berada keseorangan dikala sunyi sepi..pasti!!orang yang disisi ku pun tidak mampu membantuku tatkala 7 langkah kaki keberangkatan nya dari persemayaman ku..yang kecil hanya memuatkan sekujur badan ku tak bernyawa.
Siapa peneman mu?
bertanya si kubur..apakah daku inginkan semua itu berlaku kepada diriku?mana masa yang yang ada ku bazirkan..ia tinggal tanpa pesan..hanya iman sahaja yang mencaturkan semua.
Baki hidup sekarang daku perlu gunakan sebaiknya,melakukan semuanya lapangan yang dikira ingin meraih redha mu ya Allah.
Mungkin ada antara salah satunya Ya Allah..engkau memandang ku kembali~~