Followers

Saturday, October 30, 2010

Semaian Dahan Cinta



"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku dan sahabatku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku dan sahabatku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku dan sahabatku bagai bercahayanya bulan purnama
di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Salam rindu pada sahabat-sahabat,doa ini sbg hadiah kerana lama tidak bertinta..Keinginan itu ada tetapi hati masih enggan berkata-kata ..Alhamdullilah,tautan jiwa pada follower blog ni masih kuat.. Rasa ingin berpesan-pesan antara satu sama lain itu masih berkobar-kobar jauh disudut hati ini.

Hikayat cinta tidak akan mengenal dunia tanpa peradaban sejarah cinta,begitu juga sifat Romantik..ia tidak akan mengenal dunia tanpa ada sang pemiliknya.

Siapa agaknya pemilik sifat Romantik sejati ini??
Adakah ANDA??
atau..diri ANDA??
atau anda masih merasakan diri ANDA lagi???

Pada yang terdetik itu..atau sambil tersenyum..Alhamdullilah..anda masih memiliki..Tapi Rasullulah nak tunjukkan jalan yang lebih Romantik lagi..

1)Saat Rasullulah sbg seorang SUAMI membiarkan rambutnya disikat oleh Saiditina Aishah r.a.

2)Saat Rasullulah bermain lumba lari dengan Saiditina Aishah

Antara lain saya bawakan satu kisah..

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi"?


Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Herm Bagaimana Sahabat??
Rasa Takut pada dunia,melihat keruntuhan demi keruntuhan rumahtangga yang dibina menggerak hati ini kembali mengingatkan pada Nabi kita..Muhammad s.a.w. Walaupun umur saya masih tidak layak untuk berkata tentang ini,tetapi perihal mengingati antara satu sama lain..Barangkali Allah memeliharaku kelak..
ini boleh dipraktikkan bila sahabat suda mendirikan Baitul Muslim nanti..Amin..Wallahualam~~






Friday, October 22, 2010

MAhAbbAH Fillah Buat bAkAL sUAmikU~~



Pada pena rindu ku ini,Salam mujahadah buat dirimu dan diriku hamba Allah.Indah sekali karma Pencipta saat menanam fitrah itu kedalam hatiku.Anugerah bukan??Walausekalipun tidak bersua dgn dirimu,Daku pasti kamu jua merasai dan mengalaminya.Saat fitrah itu melakari dan terus mekar di hati,Islam itu mesti disisi ,Kerana apa duhai cintaku??kerana DIA akan menunjukkan jalan yang lebih membahagiakan untuk kita,Jalan dimana FITRAH itu tidak bertukar FITNAH.
Biarlah kita merasai kepahitanya di dunia kerana SYURGA itu penuh kemanisan.Sayangku..Cinta itu tidak pernah akan salah,sebaliknya daku berbangga kerana bermulanya sejarah cinta ketika Adam di syurga( Al-nisa;1),ketika siti khadijah berada disisi nabi saat Wahyu tiba.Sanggupkah kita menconteng arang di muka mereka??Apa yang lebih utama sygku.., cinta KHALID tidak mengenal kecewa,cinta KHALID tidak mengenal tua,cinta KHALID itu mencelikkan mata. "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah.Mereka itulah yang memperoleh kemenangan"(Al-taubah;20)
Kelak,suatu hari akan tibanya masa..Malam mesti diiringi siang,Alam mesti ada penciptanya.Love is a VERB,not just love is a WORD.Bersedianya kita pada cinta perlu ada TANGGUNGJAWAB,Biar pangkal kita ikat utuh semoga tidak goyah di hujung nanti.

Benar..daku banyak kali jatuh cinta,tapi hanya untuk mu seorang,Walau sesiapapun dirimu daku pasti..Perempuan yang Baik Hanya untuk Lelaki yang Baik~~

Saturday, October 16, 2010

Ingin Cinta Mu kembali~~


Hati berlagu sayu, Namun tiada siapa mampu merencana hati ini kembali gembira.
Pada tinta kali ini, diri ini meronta tercari-cari dimanakah perubahan diri.Saban
hari..selang minggu..berganti bulan iman hambar dihanyut arus hawa.Bahagia dunia seakan bukan penyerinya, terasa kesunyian pekat sekali mewarnai hati ini.Apa cinta ku tidak disapa oleh-Nya?Dimana ketenangan KAU dulu beri saat hati kini berlagu hiba? Roda kehidupan itulah menyonsang kain putihku..sambil daku menunding jari tanpa sedari selebihnya menunjuk tepat pada diriku. Permulaan cinta Mu, Daku sambut dengan jari mulus ku memuji mu.Dahi ku sujud tidak lekang tangan merayu meminta belas kasihanMu..Sungguh daku terlalu merindui saat itu.Bisakah kau mengembalinya kembali.. Saat hamba mu ini lupa, Kau tetap setia memerhati ku, memelihara maruah ku,memasak tiang syahadahku teguh,Padahal daku terus melupai Mu,bergembira membuka liang dosa tanpa mempeduliMu..Rapuh sekali imanku.. Sedari yang pastinya .. Awan tak bisa menghijaukan semesta tanpa Sang Suria..Daku memerlukan Mu untuk selamanya..Sudikah Kau member peluang kali kedua.. Taubatku menanti rajuk Mu agar kembali berbicara….

Friday, October 8, 2010

Terus Bercinta~~

Salam kecintaan pada sahabat-sahabat yang mengunjugi blog nie.Semoga Allah meletakkan kalian di kalangan hambanya yang terpilih ..untuk kali nie, banyak perkara yang bermain di benak fikiran nie akhirnya perlu dilontar kepada sahabat-sahabat untuk mendapat respon kembali..InsyAllah,mudahan-mudahan mendapat penyelesaian disitu.Kalau disemak kembali lembaran hidup kita,Apakah sahabat-sahabat pernah merasakan nikmat bahagia??Dimanakah nikmat bahagia itu diperoleh??Bilakah kali terakhir sahabat-sahabat merasakan nikmat bahagia?? Setahun lepas..sepanjang masa..baru tadi..Adakah nikmat bahagia itu dapat diperolehi setelah penderitaan dan kesedihan melanda sahabat-sahabat?Bagaimana hendak memperolehi bahagia secara berkekalan?.Pada hemat saya tentu sekali sahabat-sahabat tertunggu-tunggu tips yang bakal saya tulis, namun semua jawapan yang dilontarkan sebentar tadi semuanya ada pada sahabat-sahabat sekalian,yang perlu dibangunkan adalah keyakinan sahabat-sahabat mempercayai diri sendiri..ye ke???Percayalah!!satu cerita yang ingin saya kongsi pada sahabat-sahabat,ketika zaman kecil dulu2..tentu sekali banyak soalan yang dilontarkan kerana sifat ingin tahu kita..kenapa bola itu bulat?kenapa orang tu macam tu macam nie..yang jenuhnya ibuayah kita untuk menjawabnya.Penah suatu ketika menolong ibu memasak I mean juz menyepahkan lagi dapur..adela..saya sempat bertanya..”ibu..ibu..masakan yang ibu masak semua nya sedap..waktu puasa pun,sedap jugak..nak kata kelentong(tipu)..ibu da besar..akak nak jadi macam ibulah..tapi nak buka restoran..biar famous sikit..saya membuahkan angan2..”..ibu tersenyum”sebelum tu kene tau secret resepinya..”soalan itu dibiarkan sahaja lama tanpa jawapan..yang akhirnya terjawab jua dan hanya saya yang tahu.Apakah agaknya jawapan yang ibu saya beri??saya lontarkan pada sahabat-sahabat memikirkan..ayat nya cukup ringkas dan padat tapi cukup bermakna..dan berkaitan topic yang dibincangkan..
Persoalan seterusnya Kebahagian perlu diasah untuk memperolehi makna cinta?ataupun makna cinta itu sendiri melahirkan sebuah kebahagiaan??yang mana satu memaknai hati ni??dua soalan menggunakan istilah sama tetapi memberi dua impak yang berbeza.Apakah percintaan sesama manusia yang saya maksudkan??..ya!! kecintaan sesama sahabat kita diluar sana yang dahagakan ilmu agama,tetapi tidak berpeluang memilikinya,kecintaan pada orang kurang upaya untuk membantunya tanpa alasan jantina,kaum dan bangsa,kecintaan pada ibubapa kita,terlangsai sudahkan hutang kita padanya untuk tergamak meletakkan ranking terakhir dalam hati kita??,kecintaan pada sahabat-sahabat bukan islam yang tidak mengerti kebenaran Islam dan banyak lagi kecintaan yang perlu kita agih-agihkan.Tiada sebab yang kukuh kenapa cinta itu perlu “dimansuhkan” sehingga kehari-hari yang tertentu.bukan??Apakah sahabat yakin..tanpa latihan sahabat-sahabat leh score dalam exam,or game?? Practice make perfect… tetapi Mengapa perlu??”lau aku berkahwin ngan orang dicintai,bahagia itu akan datang,cinta it akan datang..Benarkah??Ya memang benar…tapi Adilkah untuk orang diluar yang memerlukan anda,tetapi anda “menyimpan” kecintaan dan kebahagian itu..atas dasar apa??Barangkali kita lupa yang nabi pesan pada kita “tidak beriman seseorang sehingga kita menyayangi sahabat kita yang lain . saya lontarkan persoalan untuk sahabat reply statement saya diatas..
Bagaimana bahagia harus digapai..bagaimana cinta harus dicari..terpulang bagaimana sahabat niatkan..yang mencorak jua tetap para sahabat-sahabat sendiri,disaksikan para Malaikat berhakim YaRabb.Semoga rasa ingin berbicara dan menjawab persoalan saya ada pada setiap diri sahabat-sahabat.Salam ukhwah dan salam persahabatan..:)

Tuesday, October 5, 2010

Be strong~~

To myself, stand the pain.There's no room for lack of trust..
See this here I have to say~~ I have this world but I also have my faith
When I don't make it in time, feel like everything drops..
I keep learn from Fatimah how to sacrifice,without the tired in sight.InsyAllah I'm gonna do this.
I have to say what I feel..I wish you were here next to me..Been missing you so desperately But lately I feel,Like you feel and I see what you see
How I'm missing you.. Then I realized Prayin' to do better I witnessed.Takin' a deep breath, tears was runnin' again..
From now Forgettin' everything matters and happenings just giving,I looked up in the sky thanking Allah for this journey. I swear I didn't schedule to be like this early.

Monday, October 4, 2010

Post to you~~

In the name of the most beneficent the most high
He who holds my soul before and after I die
See I'm lost in confusion so please help ya Allah
I wanna act right but can't play my attitude right
Don't let me go astray show me the right path
So I can be amongst the righteous

Forgive me ya Allah
For all my sins
Here I am crying
Kneeled before my bed
I've sinned
I've hurted
A dear one..
Someone I love
And always have respected
I pray you to take care of her
And that her sorrow you'll take away
Illuminate her steps
And the cold of her years
I supplicate you to bless her
Give peace to every single one of her days
Kiss her way
Coz I couldn't make her happy
This is the only thing I pray to you for
I beg you..Allah

My dear one, show me the way to follow
Even if I could die by your side
With Gods bonds, hand in hand
Your eyes give fervor, I can with or without you
My dreams are for you, your destiny is right here
Will you cry when I'm gone?
Or will you be cold like ice when I say goodbye?
Your eyes give light to my emptiness
They make me desire the day you call me the love of yours
I don't know what to say to you
Angel of my dreams
I won't forget you, I'll cry
But never in front of you
You know that in my dreams
i would keep u and me
now and forever

Sunday, October 3, 2010

Hanya untuk mu~~


Salam kecintaan pada Pencipta,
Salam kasih pada kekasih-Nya,
juga Salam Mahabbah buat yang Melahirkan ku..
terdetik juga hati nie nak wat blog setelah sekian lama angan-angan tu disimpan.Alhamdullilah, terlaksananya juga kerana-Nya.Pengharapan ku cuma satu,berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat disamping berkongsi pengalaman mudah-mudahan dengan usaha sekecil ini,mendapat pandangan disisi-Nya.
Dulu... luahan rasa gembira, duka, x puas hatiku,Ayahibu pasti dengar..walau apepun bentuk aduan..saya pasti Polis Diraja Malaysia pun x dapat selesaikan..tapi ibuayah?? Mereka menjadi kaunseling dan pengkritik terbaik dalam hidupku.Bagi ku..mereka nyawa kedua bagiku..sudah pasti apa yang mereka suka,menjadi kesukaanku,yang mereka pilih,menjadi pilihanku jua kebencian mereka menjadi kebencian ku jua.
Kelahiran ku didunia bukan calang2 peritnya yang harus ditempuh oleh ibuku dan juga ayahku..selama 4 hari ibuku terlantar,namun tidak juga diri ini dapat dilahirkan,hampir 12 botol dimasukkan kedalam badan ibuku yg pasti bukan melalui mulutnya tapi melalui tiub jarum yang menjalari setiap uratnya .Ditambah masalah berat badan ku,menyebabkan doktor terpaksa wat operation...Ayahku??sudah tentu kelahiran cahaya mata pertamanya menjadi satu perkara yang dinantikan..keadaannya yang tidak terurus setelah lama menunggu dihospital,dari tempat kerja..datang ke hospital..tidur disurau..perkara itu berulang sampai 4 hari..seperti yg ku katakan tadi..Dia pernah menceritakan ,sewaktu tidur disurau beberapa hari,dari berkasut crocodile sehingga berselipar jamban dek kerana ada yang mencurinya.Segala penat jerih mereka sehingga kini mana mungkin untukku lupakan dan tiada sebab untukku melupakan.
kalau boleh setiap hari daku ingin berada disisi mereka,memeluk mereka,mencium pipi mereka..mereka tetap kekasih terunggul ku...Moga perjalanan mereka sentiasa dinaungi rahmat-Nya..dan berpanjangan sehingga keakhirnya.Amin~~