
di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."
Hikayat cinta tidak akan mengenal dunia tanpa peradaban sejarah cinta,begitu juga sifat Romantik..ia tidak akan mengenal dunia tanpa ada sang pemiliknya.
Siapa agaknya pemilik sifat Romantik sejati ini??
Adakah ANDA??
atau..diri ANDA??
atau anda masih merasakan diri ANDA lagi???
Pada yang terdetik itu..atau sambil tersenyum..Alhamdullilah..anda masih memiliki..Tapi Rasullulah nak tunjukkan jalan yang lebih Romantik lagi..
1)Saat Rasullulah sbg seorang SUAMI membiarkan rambutnya disikat oleh Saiditina Aishah r.a.
2)Saat Rasullulah bermain lumba lari dengan Saiditina Aishah
Antara lain saya bawakan satu kisah..
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi"?
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Herm Bagaimana Sahabat??
Rasa Takut pada dunia,melihat keruntuhan demi keruntuhan rumahtangga yang dibina menggerak hati ini kembali mengingatkan pada Nabi kita..Muhammad s.a.w. Walaupun umur saya masih tidak layak untuk berkata tentang ini,tetapi perihal mengingati antara satu sama lain..Barangkali Allah memeliharaku kelak..
ini boleh dipraktikkan bila sahabat suda mendirikan Baitul Muslim nanti..Amin..Wallahualam~~