Followers

Thursday, January 6, 2011

Kembali berdenyut Blogku

tap,tap,tap...backspace..
tap,tap,tap,tap...backspace
serba x kene rasanya,da la bersawang..serba lama,dek kerna "no idea"..itulah blogku..
Sama juga dgn enjin kereta..agak payah permulaannya..tapi bila da drive..kalau bole..ala..ferarri.
Permulaan semester 2 agak matang disitu.tidak perlu berlari kesana sini mcm reporter cuma sebab nak susun jadual kuliah, dan...rakan2 sekuliah masih "berwajah awal" datang ke kuliah.Rasanya siap berebut tempat duduk paling hadapan sekali nak fully concentrate kat lecturer.

Alhamdullih..segalanya berjalan lancar setelah seminggu menghadiri kuliah.
ASTAR..
panggilan Manja untuk kolej kediamanku,dan disitu daku memulakan perjalanan kaki ke fakultiku..
Bukan dekat..
kalau dihitung sepanjang semester satu tahun lepas..ibarat berjalan kaki dari kedah kejohor.itu saya x pasti..anggaran kasar..barangkali ke singapore boleh jadi..
"Kenapa tak naik Bas??"
Soalan pertama kawan2 tanya bilamana saya complain kaki saya kejang sana..kejang sini.
Herm saya mempunyai hujah saya tersendiri dan sejarah hidup lalu yg berkaitan..
First.. menghirup udara nyaman..dari zaman drypers(jenama pampers) sampai zaman awal tadika..setiap pagi sebelum ayah saya hendak pergi bekerja..beliau akan bawa saya 'round' keliling kawasan perumahan dgn motornya..dan saya berdiri di raga depan sambil menghirup udara tenang..dan nyaman..kemudian pada suatu hari..kereta pertama ayah sy..Betapa konservertifnya saya waktu tu berusaha menyorok bawah katil semata-mata kerana tidak mahu naik kereta..sama juga dgn bas dan seangkatan dgn nya.bau ala2 kurang menyenangkan..tertutup..
Kedua...saya tidak suka menunggu..berhari2 di pondok bas dengan setia nya menanti..saya memang tabik spring..pada rakan2 saya yang sangat sabar menunggu..
ketiga..Banyak ganjaran pahalanya..betapa tingginya kurniaNya menanugerahkan kaki berjalan setapak demi setapak.Alhamdullih..
Saat Berjalan..pemerhatian kita tentu sahaja lebih mendalam dan teliti..
secara pemerhatian..Ramai juga orang kurang berupaya(Buta) di kampus ku ini..dan sesuatu perkara menarik..mereka berjalan kaki dan kemudian berhenti tanpa... melanggar lampu merah..ha!! yang ini ramai juga orang berupaya x mampu nak buat..mereka seolah2 tidak merasa beban dengan keadaan mereka begitu..keinginan untuk mereka belajar seolah2 mata yg buta bukan penghalang untuk mencapai PHd..salah seorang tahap pendidikannya dikampusku..
satu pengajaran yang sangat bernilai..
Banyak lagi yang nak diceloteh..mengubah blog ku dari artikel kepada bentuk penceritaan menuju azam baru.